Penganjur perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup (TURUN) pada 31 Disember lalu mahu mengheret kerajaan dan pihak polis ke mahkamah kerana mendakwa mereka mahu menggulingkan kerajaan.<br /><br />Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), antara penganjur himpunan itu berkata, dakwaan itu ternyata meleset apabila perhimpunan itu berlangsung dalam keadaan aman, tiada kecederaan mahupun tidak ada kerajaan yang "terguling".