Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, hari ini menawarkan diri untuk mengambil alih peranan Umno dalam membela nasib orang Melayu memandangkan parti itu menghadapi risiko semakin kehilangan pengaruh dalam arus politik negara. <br /> <br />Tawaran itu dibuat presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali bersama peringatan agar Umno mengurangkan cakap-cakap manis semasa perhimpunan agung tahunannya. <br /> <br />Menurut Ibrahim, PERKASA adalah pertubuhan bukan kerajaan paling berstruktur dengan keanggotaan lebih 500,000 orang di seluruh negara.
