Keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis tiga tahun lalu menuntut keadilan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.<br /><br />Sambil mempamerkan surat daripada Putrajaya yang menjanjikan 'keadilan dan ketelusan' dalam siasatan bagi menentukan punca kematian anaknya, Norsiah Mohamad berkata tidak ada satu pun janji-janji berkenaan yang telah ditunaikan.