Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan kali kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selaku pendakwa raya dalam rayuan kes liwatnya.

Penghakiman itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Rayuan Aziah Ali yang bersidang bersama dua lagi panel lain iaitu Rohana Yusof dan Mohd Zawawi Salleh.

Menurut Aziah, permohonan Anwar itu dibuat berasaskan kepada akuan berkanun (SD) yang bersifat dengar cakap dan penuh keraguan.

Pada 21 November lalu, panel lima hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Md Raus Sharif juga menolak permohonan Anwar untuk melucutkan kelayakan Shafee sebagai pendakwa dalam kes berkenaan.