Pada ucapannya sempena perhimpunan agung MCA ke-60, Datuk Seri Chua Soi Lek yang tidak mempertahankan jawatannya sebagai presiden parti menggesa ahli supaya bersatu. <br /> <br />Katanya, mereka tidak seharusnya menyimpan perasaan dendam kerana jika tidak segala proses transformasi yang dirancang, menjadi mainan bibir semata-mata.