Meskipun penternak burung walit dan penjual sarang burung berkenaan membantah tindakan kerajaan negeri Selangor untuk mengawal industri berkenaan, namun sebahagian besar rakyat yang ditemui beranggapan keputusan itu sesuatu yang tepat.<br /><br />Bagi mereka, keputusan kerajaan negeri itu amat dinanti-nantikan kerana sudah sekian lama mereka hidup merana kerana bahan industri berkenaan.
