Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 yang bertema "Umno: Mewajah Masa Depan" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berkata, sebenarnya harga minyak tidak naik, cuma kerajaan mengurangkan subsidinya sahaja.<br /><br />Menurutnya, tindakan itu sebagai langkah rasionalisasi kerana kerajaan tidak mampu untuk mengekalkan subsidi petrol yang mencecah RM24.8 bilion kerana khuathir ia akan menjejaskan daya saing ekonomi negara.