Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mempertahankan kemenangan pilihan raya umum ke 13 Umno dengan analogi sebuah permainan badminton.<br /><br />Pada ucapan dasarnya sempena perhimpunan agung Umno, Najib berkata pembangkang hanya boleh bermegah dengan memenangi undi popular di empat negeri berbanding BN yang memenangi undi popular di sembilan negeri.