Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015, bukanlah cukai tambahan baru, sebaliknya ia menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang bakal dimansuhkan.<br /><br />Bagaimanapun katanya, hakikat kepentingan GST terhadap ketahanan dan keteguhan ekonomi negara, dipusing dan dipesong faktanya oleh pihak pembangkang.