Selepas 77 hari membina rintangan menghalang kerja-kerja di Empangan Murum, komuniti Penan dari Belaga, Sarawak pada awal minggu ini akhirnya akur dan membenarkan kerja-kerja mengisi air di empangan itu diteruskan.<br /><br />Namun menurut peguam pejuang hak tanah adat pribumi, Abun Sui Anyit, komuniti Penan itu sebenarnya ditipu dengan taktik kerajaan negeri yang menyogok setiap keluarga dengan tambahan RM8,000.