Sebahagian besar rakyat beranggapan keputusan kerajaan menaikkan tarif elektrik sebanyak hampir 15 peratus atau 4.99sen bagi setiap kilowatt di Semenanjung Malaysia sebagai satu bebanan.<br /><br />Tinjauan KiniTV mendapati sebahagian besar wargakota kurang senang dengan kenaikan yang dianggap agak tinggi itu dan mahu kerajaan mengkaji semula keputusan berkenaan.<br /><br />Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili semalam mengumumkan tarif baru elektrik adalah 38.53sen bagi setiap kilowatt berkuatkuasa 1 Januari depan dan di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 16.9 peratus atau 5 sen.
