Mohamad Sabu hari ini dipilih semula sebagai Timbalan Presiden PAS bagi sesi 2013-2015 pada Muktamar PAS kali ke-59.

Beliau mendapat 588 undi sementara pencabarnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar mendapat 490 undi.

Bagi jawatan Naib Presiden PAS, pengiraan semula sedang dijalankan semula kerana keputusan awal dikatakan sengit dan tipis. Mengikut spekulasi Datuk Mahfuz Omar dan Salahauddin Ayub sedang mendahului dengan diikuti rapat oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi.

Bagi jawatan ahli jawatankuasa pusat, berikut pemenangnya.

1) Idris Ahmad - 927 undi
2) Mazlan Aliman - 840
3) Nizar Jamuluddin - 688
4) Amiruddin Hamzah - 679
5) Dr Hatta Ramli - 649
6) Nasruddin Hassan - 645
7) Nik Abduh Nik Abdul Aziz - 627
8) Mujahid Yusuf Rawa - 626
9) Dzulkefly Ahmad - 610
10) Hanipa Maidin - 735
11) Kamaruddin Jaafar - 562
12) Khalid Samad - 643
13) Nik Zawawi Salleh - 518
14) Syed Azman Syed Ahmad - 476
15) Riduan Mohd Noor - 469
16) Mahfodz Mohamad - 449
17) Dr Siti Mariah Mahmud - 437
18) Nuridah Salleh - 424