Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menuntut kerajaan memansuhkan permit import (AP) gula mentah dan bertapis agar tindakan itu akan mewujudkan persaingan harga dan seterusnya menurunkan harga gula pasaran.<br /><br />Katanya, dalam keadaan pasaran dunia harga gula mentah yang rendah, lebih banyak syarikat seharusnya diberi peluang untuk mengimport bagi menjadikan harga sekarang lebih murah daripada harga yang ditentukan oleh syarikat monopoli.