Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar mengecam pengintipan tiga buah negara ke atas Malaysia yang dibentangkan Shamsul Iskandar Md Akin (PKR-Bukit Katil).<br /><br />Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia usul berkenaan tidak perlu disegerakan untuk dibincangkan.<br /><br />Usul yang dibentangkan bertujuan mengutuk tindakan Amerika Syarikat, Singapura dan Australia yang didakwa bekerjasama sesama mereka untuk memintas maklumat radio, telekomunikasi dan Internet negara bagi mengintip pimpinan negara.