Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu ahli parti supaya tidak lemah semangat sehingga melupai erti sebenar perjuangan berikutan kekalahan mereka di Kedah.<br /><br />Sebaliknya, kata beliau, kegagalan mengekalkan kerajaan negeri Kedah harus dijadikan sebagai iktibar dan meminta ahli parti agar bermuhasabah diri dan tidak menjadikan faktor lawan semata-mata sebagai penyebab kekalahan.
