Dakwaan 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh mengundi pada pilihan raya lalu selama ini sebenarnya mula ditimbulkan penulis-penulis blog pro-Umno, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.<br /><br />Menurutnya, beliau telah menyemak kenyataan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat selama ini dan mendapati kenyataan itu tidak pernah diutarakan oleh mereka.<br /><br />Kenyataan Anwar hari ini dibuat selepas akhbar-akhbar utama melaporkan perdana menteri Bangladesh menafikan dakwana bahawa 40,000 rakyatnya diterbangkan ke Malaysia untuk mengundi pada Mei lalu.