Demi mempertahankan tanah pusaka yang dirampas untuk pembinaan projek mega iaitu empangan Murum, masyarakat Penan di Belaga, Sarawak hari ini hadir di Parlimen.

Mereka merayu ihsan perdana menteri untuk campur tangan dalam pengusiran dan penempatan semula mereka.

Ini kerana menurut penasihat undang-undang kaum Penan, Abun Sui, tidak ada sebarang rundingan mahupun urusan surat menyurat dijalankan dengan ketua masyarakat Penan.

Rintihan mereka hari ini turut disokong oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan.