Blok penyokong kerajaan hari ini berjaya menyingkir ahli parlimen Padang Serai N Surendran dari persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan selepas usul untuk menggantung MP tersebut diputuskan secara undi belah bahagi.<br /><br />Usul untuk menggantung keahlian Surendran yang dikemukakan oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri itu diluluskan dengan sokongan 92 MP BN. <br />Nancy pada awal cuba membentangkan usul itu sejak jam 11.30 lagi tetapi tidak berjaya berbuat demikian ekoran bantahan demi bantahan oleh MP Pakatan Rakyat.