Remaja Malaysia Yong Vui Kong yang berusia 19 tahun ketika dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah Singapura kerana kesalahan mengedar dadah terlepas daripada hukuman gantung.

Hari ini Mahkamah Tinggi reoublik itu menukar hukuman bunuh ke atas lelaki kelahiran Sabah itu kepada penjara seumur hidup.

Menurut peguamnya M Ravi, Hakim Choo Han Teck berpuas hati dengan kerjasama yang dihulurkan anak guamnya kepada pihak berkuasa.

Bagaimanapun selain penjara seumur hidup, mahkamah juga memerintahkan supaya Yong dikenakan sebatan 15 kali.