Cadangan supaya bahasa istana dikaji semula boleh mencemarkan institusi raja tetapi jika hasrat bagi memperkemaskannya agar tidak bercanggah dengan Islam adalah sesuatu yang baik, kata Gabungan Penulis Nasional (GAPENA).<br /><br />Menurut Ketua Satu GAPENA Profesor Datuk Abdul Latiff Abu Bakar yang penting mana-mana pihak yang mahu merombak semula bahasa istana tidak memperlekehkan raja-raja Melayu.