Sehari selepas pemaju Mega 9 Development memberi jaminan bahawa pintu rundingan masih belum ditutup, hari ini kira-kira 50 penduduk Kampung Hakka di Mantin bergegas ke pejabat itu. Malangnya, pejabat berkenaan ditutup dan ini memberangkan penduduk yang mendakwa diri mereka dipermainkan.<br /><br />Sehubungan itu, mereka membuat bantahan selepas menunggu kira-kira sejam. Mereka turut membawa sepanduk yang antaranya berbunyi " Hakka makan Hakka" merujuk kepada pemilik syarikat pemaju itu yang juga berbangsa Hakka.