Di sebalik dakwaan ada pemimpin Umno mahu menjatuhkan kerajaan, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah cuba mengelakkan soalan sama ada beliau masih menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.<br /><br />Selepas diasak berkali-kali oleh wartawan, beliau akhirnya berkata menyokong pemimpin yang melakukan perkara yang betul dan mengakui dirinya tidak dalam barisan pembangkang.