Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengingatkan penduduk sekitar Cameron Highlands bahawa kawasan itu adalah tempat risiko tinggi dan mereka perlu meninggalkan rumah masing-masing apabila siren kecemasan dikeluarkan.

Sehubungan itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Azman Mohd berkata beliau menyokong jika kerajaan dan pihak berkuasa mempertingkatkan prosedur operasi atau SOP yang sedia ada.

Pada kejadian itu, kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dihanyutkan arus deras apabila air di empangan itu yang dilepaskan, melimpah secara mendadak pada awal pagi Rabu lalu.

Kejadian kira-kira 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing dan seorang warga tempatan maut manakala seorang lagi masih hilang.