Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan secara terbuka mengenai tempoh masa untuk rakyat menunggu bagi mengetahui keputusan siasatan skandal 1MDB.<br /><br />Bercakap dalam mesyuarat perwakilan Umno bahagian Pontian hari ini, Muhyiddin berkata rakyat cukup sabar untuk menunggunya kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beberapa kali mengulangi gesaan supaya bersabar.
