Penyanyi Norkamal Hazami Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Hazami mengakui beliau terkejut sehingga sesak nafas selama dua jam selepas diberitakan meninggal dunia akibat komplikasi usus Rabu lalu.<br /><br />Realitinya, Hazami, 40, beransur pulih selepas menjalani rawatan pendarahan usus di Pusat Perubatan Tropicana, Petaling Jaya dan sedang berehat di rumah ibunya di samping meneruskan rawatan susulan.
