Letupan bom di Kuil Erawan di kawasan sibuk di Bangkok petang semalam mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang termasuk lapan warga asing dan mencederakan 123 yang lain.<br /><br />Antara warga asing yang terbunuh dalam serangan yang dipercayai bertujuan merosakkan ekonomi Thailand adalah tiga dari China, masing-masing dua dari Hong Kong dan Malaysia serta seorang rakyat Filipina. <br /><br />Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab dan kerajaan tidak dapat mengaitkannya dengan kegiatan pemisah di selatan tetapi serangan itu dikatakan bertujuan memusnahkan ekonomi dan pelancongan.
