Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak terhadap laporan di media sosial yang mendakwa terdapat 20 ahli Parlimen BN berkomplot untuk mengulingkan kerajaan.<br /><br />Pengerusinya, Tan Sri Shahir Samad berkata dakwaan 20 ahli parlimen yang kononnya mahu menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan isu yang cuba untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu 1MDB.