Secara Rasmi tiga orang telah terbunuh dalam pertempuran baru-baru ini antara puak Islam dan Buddha di barat Burma iaitu di negeri Rakhine. Kira-kira 300 buah rumah di beberapa buah kampung telah dibakar. Ini adalah keganasan yang serius pertama sejak Jun apabila darurat telah diisytiharkan di Rakhine selepas pertempuran maut antara kedua-dua komuniti ini. Sehingga kini kerajaan Burma enggan mengiktiraf kira kira 800,000 etnik Rohingya sebagai kumpulan etnik dan menafikan kewarganegaraan mereka<br /><br />Kong Banyol Janoi telah pergi ke negeri Rakhine untuk Asia Calling dan memberikan laporan ini..
