Sebuah gabungan 15 pertubuhan yang dinamakan "Wanita Suara Perubahan" akan mengadakan perarakan pada 18 Mac 2012 di Padang Astaka, Petaling Jaya sempena Sambutan Hari Wanita Antabangsa.

Ahli Jawatankuasanya, Maria Chin Abdullah berkata, sempena Hari Wanita Sedunia, Wanita Suara Perubahan menuntut agar suara wanita didengar.

Menurutnya, mereka menuntut kerajaan yang bersih, bebas rasuah dan bertanggungjawab kerana wanita lebih terdedah, terutamanya kepada akibat rasuah, perkauman, eksploitasi, politik pecah-belah dan pengurangan kebebasan awam.

Video by Indrani Kopal