Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Duta berhubung 'kebiadaban' tentera yang membakar Al-Quran di Afghanistan, baru-baru ini.<br />Sebelum itu, kira-kira 200 umat Islam termasuk Pemuda PAS dan mahasiswa berarak selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji menuju ke kedutaan itu bagi membantah dan mengecam tindakan tentera Amerika itu.<br />"(Tindakan) ini bukan kali pertama, sebelum ini melalui paderi dan orang tertentu yang mengancam untuk membakar Al-Quran kononnya untuk memperingati peristiwa 11 September.
