Satu badan NGO yang hadir di majlis taklimat (NFC) hari ini turut bercadang untuk mengadakan program penerangan bagi menjelaskan isu berkenaan.

Naib pengerusi Gerakan Memartabat Pejuang Negara, Mohd Arafat Muhammad berkata, badan berkenaan antara lainnya akan menimbulkan dakwaan kewujudan pihak ketiga untuk menggagalkan projek NFC.

Pihak ketiga itu didakwa sebagai "kartel daging di Malaysia" - kumpulan yang didakwa sering menaikkan harga daging setiap kali musim perayaan.

"NFC akan pecahkan monopoli sesetengah pihak dalam peniagaan daging," katanya lagi ketika ditemui Malaysiakini selepas taklimat itu.