Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kekal komited dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di tengah-tengah kebimbangan mengenai ekonomi negara.<br /><br />Najib yang juga menteri kewangan berkata cukai itu sebahagian daripada langkah pembaharuan fiskal untuk mengurangkan defisit negara.
