Kumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) hari ini membuat laporan polis berhubung 'insiden berdarah' di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1 Januari lalu.<br /><br />Kumpulan tersebut mendakwa pihak polis kerana bertindak ganas dan mencabuli hak mereka untuk berhimpun dan bersuara pada perhimpunan itu.<br /><br />Laporan polis itu dibuat oleh jurucakap BEBAS Haziq Abdullah Abdul Aziz di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi kira-kiran jam 2 petang ini.