Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Sultan Selangor sendiri dijangka bertitah berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utara (DUMC) dalam masa terdekat.

Katanya, setelah menghadap dan membincangkan perkara itu dengan baginda pagi tadi, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersetuju memberikan pandangan dan nasihat untuk menyelesaikan isu itu dengan cara terbaik.

"Saya dan juga barisan exco kerajaan negeri tidak akan membuat sebarang ulasan mengenai isu ini bagi menghormati keputusan DYMM Sultan Selangor," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan menyuarat exco tengah hari tadi, Abdul Khalid berkata, apa pun titah Tuanku, kerajaan negeri akan akur terhadapnya.

Berita Sepenuhnya:http://www.malaysiakini.com/news/177100

Jurukamera: Amir Abdullah

Penyunting: Tan Jiun Wuu