Surprise Me!

Majlis prof: Gerakan kiri bukan perjuangan merdeka

2015-08-20 8 Dailymotion

Majlis Profesor Negara (MPN) hari ini menegaskan bahawa perjuangan gerakan politik kiri, termasuk komunis bukan perjuangan kemerdekaan di Tanah Melayu.

Sebaliknya ia dianggap "penderhakaan" kerana didakwa mahu menghapuskan kuasa-kuasa Melayu di Tanah Melayu dan mahu menubuhkan kerajaan republik.

"Pada tahun 1930, Parti Komunis Malaya ditubuhkan di Singapura. Mereka menubuhkan Republik Demokratik Rakyat Malaya yang berkait dengan (fahaman) komunis.

"Cita-cita komunis bukan untuk membebaskan Tanah Melayu sebagai negeri Melayu, tetapi untuk membebaskan daripada pentadbiran British yang diakui oleh Raja-raja Melayu, untuk menjadikannya negeri komunis.

Berita sepenuhnya: http://www.malaysiakini.com/news/175279

Jurukamera/Penyunting: Tan Jiun Wuu

Buy Now on CodeCanyon