Sekumpulan keluarga yang berbeza menuntut penjelasan polis terhadap penangkapan lima saudara mereka 80 hari lalu yang sehingga kini didakwa masih tidak jelas statusnya.

Ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo berkata, lima lelaki itu ditangkap jam 7 hingga 8 malam di kawasan tempat letak kereta di kompleks membeli-belah Jaya Jusco, Taman Equine di Sri Kembangan pada 4 April lalu.

Dakwanya, walaupun dua laporan polis dibuat sehari selepas itu, pihak keluarga masih gagal mendapatkan maklumat berhubung tangkapan itu dari ibu pejabat polis daerah (IPD) Serdang dan balai polis Sri Kembangan.

Full story: http://komunitikini.com/kl-selangor/puchong/80-hari-ditangkap-tanpa-penjelasan

Camera: Fadzly Esa
Editing: Tan Jiun Wuu