Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, mengarahkan pasukan tentera di barisan hadapan supaya bersiap sedia untuk berperang ketika ketegangan ketenteraan dengan Korea Selatan.<br /><br />Ia berikutan insiden berbalas tembakan artileri merentasi sempadan bersama.<br /><br />Korea Selatan didakwa melancarkan 10 tembakan meriam ke arah Korea Utara selepas Pyongyang melepaskan tembakan dipercayai roket ke arah pembesar suara Seoul yang digunakan dalam perang propaganda bagi mengecam Pyongyang.
