Empat belas daripada 16 individu yang ditahan kerana membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri tiga tahun lalu, hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana terbabit dengan perhimpunan haram. <br /> <br />Kes terhadap dua lagi yang tidak hadir hari ini akan diputuskan kemudian. <br /> <br />Hakim Ainul Shahrin Mohamad dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa kes itu melampaui keraguan munasabah.