Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata semua pihak perlu terbuka membincangkan sejarah negara, dengan melihat pandangan pelbagai pihak, termasuk ahli akademik dan sejarahwan.<br /><br />Sebagai contoh, katanya, pandangan anggota Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah membawa kemungkinan beliau mempunyai fakta tertentu yang tidak diketahui.