PKR hari ini mempersoalkan kebijaksanaan kerajaan yang berhasrat membeli kapal perang Mistral bernilai RM3 bilion dari Perancis ketika negara menghadapi keadaan ekonomi yang lembap.<br /><br />Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli pada sidang medianya merujuk kepada laporan akhbar The International bertarikh 26 Ogos lalu di mana Menteri Pertahanan Perancis Jean-Yves Le Drian mengetuai perwakilan bagi menjual kapal perang itu kepada Malaysia.
