Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperkecilkan jumlah peserta BERSIH 4 dengan menggambarkan mereka hanyalah segelintir rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati.<br /><br />Bercakap di Hari Peneroka di Kuala Terengganu hari ini, beliau dipetik oleh The Star Online bahawa pihaknya boleh mengumpulkan ratusan ribu penyokong berbanding BERSIH yang hanya berjaya menarik kira-kira 20,000 peserta.
