NGO mesra Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin (PMSP) - hari ini membuat laporan polis ke atas Malaysiakini kerana mendakwa titah ucapan Sultan Johor supaya tidak memperbodohkan rakyat tidak ditujukan kepada kerajaan pusat.<br /><br />Sebaliknya, kata penasihat PMSP, Ramesh Rao, baginda mungkin menujukan kenyataannya kepada kerajaan negeri Pulau Pinang ataupun kerajaan negeri Selangor kerana tidak lagi membina rumah kos rendah di bawah harga RM42,000.
