Selepas peserta bangkit daripada tidur di jalanan malam semalam, dan umat Islam selepas menunaikan solat subuh, nyanyian 'Negaraku' berkumandang di Dataran Merdeka.<br /><br />Ini diikuti dengan senaman yang dikelolakan oleh anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Ivy Josiah yang berjaya memujuk pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah untuk naik ke pentas bersenam bersama.