Selepas beberapa jam bertekad untuk tetap meneruskan perhimpunan pada hujung minggu ini, kumpulan baju merah anti-BERSIH kini membatalkan hasrat tersebut. <br /><br />Keputusan itu dibuat selepas perjumpaan antara ketuanya, Datuk Jamal Md Yunos bersama Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah.