Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa kementeriannya tidak menolak kemungkinan wujud kumpulan anarki yang akan mencetuskan huru hara dalam perhimpunan "haram" BERSIH bermula Sabtu hingga Ahad ini.<br /><br />Dalam satu kenyataan media, katanya, kumpulan dalam perhimpunan berkenaan bertujuan mencetuskan provokasi supaya pihak berkuasa menggunakan kekerasan terhadap peserta demonstrasi itu.