Bekas Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu berkata, perhimpunan BERSIH 4 adalah referendum suara rakyat yang mahu menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.<br /><br />Malah, kata Pengerusi Biro Undang-undang Syariah dan Unit Khas Pelaksanaan Polisi MCA itu, kehadiran rakyat pada hujung minggu ini juga bagi meluahkan rasa marah dan kecewa mereka berhubung pelbagai krisis yang melanda negara.<br /><br />Beliau berkata demikian dalam forum anjuran Malaysiakini yang bertajuk '1MDB: Protes Rakyat atau Dewan Rakyat', malam semalam.