Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah percaya kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini menghadapi krisis keyakinan yang paling buruk.<br /><br />Bercakap pada forum bertajuk '1MDB: Protes Rakyat atau Dewan Rakyat', malam semalam, katanya rakyat kini juga sudah serik kerana seringkali diperbodohkan dan yang terbaru ‘dibangsatkan’.<br /><br />Menurutnya, apabila kakitangan awam juga berani tampil menyatakan pendapat mereka, seperti mengeluarkan kenyataan ‘kamu ada kuasa, saya ada tuhan’, ia menunjukkan rakyat kini bersedia menuntut hak moral mereka.