Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin berpendapat, sekiranya perhimpunan BERSIH 4 hujung minggu ini bertujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, perkara itu tidak mungkin berlaku dalam waktu yang terdekat.<br /><br />Katanya, protes jalanan juga tidak akan mengubah kedudukan Najib sebagai pemimpin nombor satu negara, walaupun rakyat berpanas, berjemur, berpeluh menunjuk perasaan.