Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, rakyat kini edar bahawa mereka memerlukan Raja-Raja dan Sultan Sultan untuk menyekat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dari menjadi Raja dan Permaisuri.<br /><br />Mengulas titah ucapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail Iskandar yang mengingatkan kerajaan supaya tidak memperbodohkan rakyat, Zainuddin di blog, menyoal sama ada wakil-wakil rakyat termasuk ketua Bahagian Umno memahami apa yang tersirat.
