Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah kepada kerajaan yang memerintah supaya jangan cuba memperbodohkan rakyat dengan berita dan maklumat yang hanya sedap didengar bagi menutup keadaan sebenar.<br /><br />Pada ucapannya sempena sambutan ulang tahun ke-50 Rejimen Gerak Khas yang dimuat-naikkan melalui akaun Facebook Johor Southern Tigers, baginda bertitah rakyat pada hari ini adalah generasi yang berilmu dan bijak menilai maklumat yang diterima.
